Berita Semasa

Kereta KM Melaka nyaris ditimpa pokok tumbang

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah saya dan rombongan saya berada dalam keadaan selamat.”

Demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh selepas kenderaan dinaikinya nyaris ditimpa pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance, pada kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Beliau kemudiannya turut berharap supaya pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan memantau pokok-pokok yang berada sekitar ibu negara.

“Semoga pihak berwajib dapat memantau pokok-pokok yang berada sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur ini,” katanya kepada portal Kosmo, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berkata, ketika kejadian, keretanya yang berada di kawasan itu tidak dapat bergerak kerana kesesakan lalu lintas akibat keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Ketika itu keadaan kereta polis pengiring saya, baru sahaja melintas kawasan tersebut (pokok tumbang) tetapi malangnya pokok itu menghempap belakang kenderaan itu,” katanya lagi yang berada di ibu kota atas urusan rasmi.

Show More

Related Articles

Back to top button