Jenayah & Mahkamah

Nenek berumur 75 tahun antara ditahan bersama dadah – Ketua Polis Johor

JOHOR BAHRU – Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dijalankan di sekitar Pontian pada Sabtu minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Pontian.

Katanya, dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi sehingga 12 tengahari itu tiga lelaki warga tempatan berusia 40 hingga 59 tahun serta wanita warga emas berusia 75 tahun turut ditahan bersama sejumlah dadah ditahan bersama sejumlah dadah.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati tiga suspek tersebut positif dadah jenis methamphetamine selain turut memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

“Polis berjaya merampas 18 peket mengandungi 25,211.85 gram serbuk ekstasi, 275.00 gram atau 970 biji pil erimin 5, 532.59 gram atau 1,700 biji pil ekstasi, 232.60 gram atau satu peket ketamin dan 362.02 gram atau 15 peket ganja.

“Dadah dirampas difahamkan boleh digunakan seramai 88,234 penagih.

“Polis turut merampas pelbagai peralatan memproses dan membungkus serbuk ekstasi serta menyita enam kereta dengan jumlah sitaan RM495,000, wang tunai berjumlah RM21,000 termasuk mata wang asing iaitu SGD13,000 dengan nilai sitaan RM45,657,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, M Kumar berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai
RM4,887,636.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai 4 Mei hingga 10 Mei 2024 untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan.

Show More

Related Articles

Back to top button