Berita Semasa

Pelan tindakan serantau penting dalam menggalakkan perpaduan – TPM Zahid

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Asia memupuk semangat perpaduan dan nilai-nilai murni serta menghormati perbezaan pelbagai dimensi dalam kalangan ulama Islam di benua Asia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pelan tindakan serantau adalah penting untuk menggalakkan perpaduan dan keharmonian selain memerangi kezaliman, penindasan dan kebencian.

“Kesatuan fikiran, hati, dan tindakan—wihdatul fikr, wihdatul qalb, dan wihdatul amal—adalah penting untuk kestabilan dan ketahanan.

“Mari teruskan semangat kerjasama dan dialog melangkaui himpunan ini, merentasi sempadan untuk memupuk keamanan dan saling hormat-menghormati, bermula dengan setiap peserta Majlis Ulama Asia 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ulama Asia 2024 di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Dalam konteks Malaysia pula, beliau menekankan usaha kerajaan yang komited dalam membangunkan Malaysia Madani, memastikan kestabilan melalui nilai dan perpaduan masyarakat yang pelbagai berdasarkan kemampanan, belas kasihan, penghormatan, inovasi, kemakmuran serta amanah.

Katanya, nilai berkenaan bukan tertakluk pada rakyat Malaysia tetapi aspirasi universal untuk keamanan dan keharmonian.

Majlis yang mengangkat tema “Perpaduan (Unity)” itu turut dihadir seramai 200 peserta yang terdiri daripada para ulama Islam dari dalam negara dan juga dari negara-negara Asia.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Agung Liga Dunia Islam dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Show More

Related Articles

Back to top button