Berita Semasa
Hail Amir meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon terkenal era 1970-an, Datuk Hail Amir menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Allahyarham yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat batuk berterusan dan dalam keadaan lemah.
Allahyarham disahkan mengalami masalah jangkitan paru-paru.
Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.