Berita Semasa

[VIDEO] TLDM distruktur semula

CYBERJAYA – Penstrukturan semula Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan satu usaha untuk terus memperkukuh angkatan ketenteraan itu.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, TLDM akan meluncurkan dokumen Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 atau dikenali sebagai RMN 15to5 Transformation Programme Realignment yang akan dibentang sewaktu Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 pada 6 hingga 9 Mei depan.

“Perubahan yang ketara juga akan dapat dilihat terutamanya menerusi perolehan aset-aset baharu seperti Littoral Combat Ship (LCS), Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) dan Multi Role Support Ship (MRSS) yang telah sekian lama tertangguh.

“Perolehan aset-aset ini sudah tentunya akan memperkukuh dan memperkasakan lagi barisan hadapan pertahanan negara Penstrukturan Semula Organisasi TLDM 2024.

“TLDM juga bakal menyusun semula saluran pemerintahan beberapa buah markas, merombak beberapa buah unit, dan menubuhkan unit yang baharu melalui Penstrukturan Semula Organisasi TLDM 2024, atau dikenali sebagai Re-org 24,” katanya dalam satu kenyataan,hari ini.

Mengulas lanjut, segala usaha berkenaan turut merangkumi dengan penubuhan Pusat Peperangan dan Doktrin TLDM atau PUSPED TLDM bagi memperkasakan aspek peperangan dan doktrin di dalam TLDM.

Ini termasuk PUSPED TLDM yang akan dibentuk hasil gabungan daripada Pusat Taktik Maritim (PUSTAKMAR), Pusat Peperangan Elektronik (PPE TLDM) dan Sel Doktrin PUSMAS TLDM.

Jelasnya, perkara itu akan diletakkan menerusi Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TLDM, yang akan dijenamakan semula daripada Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM.

Dalam pada itu, inisiatif Re-org 24 juga menurutnya bakal mewujudkan peluang perjawatan anggota TLDM yang melibatkan 473 perjawatan di mana sebanyak 130 daripada perjawatan pelbagai kepakaran akan dinaikkan gred.

“Perjawatan selebihnya akan diselaras secara berperingkat dari semasa ke semasa bagi menyeimbangkan dan merapatkan jurang di antara kepakaran serta menambah baik aspek peningkatan kerjaya anggota LLP,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button