Jenayah & Mahkamah

Langgar syarat perikanan, dua pemilik bot didenda RM15,000

KUANTAN– Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat lalu menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan RM10,000 kepada dua pemilik bot nelayan tempatan kelas C atas kesalahan menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Maimoonah Aid membuat keputusan itu kepada tertuduh pertama, Peng Seng Heng, 58, yang mengaku bersalah di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika bagi bot Zon C.

Tertuduh kedua yang juga pemilik bot kelas C, Chia Teng Heng, 51, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika bagi bot Zon C dan menggunakan kru warga negara asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Seramai 10 orang kru warga negara asing termasuk tekong dan seorang warga tempatan berusia antara 25 hingga 51 tahun yang berada di atas bot berkenaan dibebaskan kerana mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Terdahulu, pada 3 April 2024, Maritim Malaysia Negeri Pahang telah menahan dua bot nelayan dan kesemua kru yang bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas C di sekitar perairan Pulau Tioman kira-kira jam 11.30 pagi.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Pahang, Izani Nashtasya Isa.

Show More

Related Articles

Back to top button