Jenayah & Mahkamah

Anak perempuan ketua polis daerah maut tertembak diri sendiri

KOTA KINABALU – Anak perempuan kepada seorang ketua polis daerah di negeri ini maut selepas disyaki tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada jam 12.42 tengah hari.

Difahamkan, ketika kejadian ketua polis daerah itu berada di tempat kerjanya.

Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah dan anaknya dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya memetik laporan KupiKupi FM.

Ketika ini jenazah masih berada di Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kamis, esok pagi selepas urusan bedah siasat selesai.

Show More

Related Articles

Back to top button