Luar Negara

Lima terbunuh, sembilan cedera insiden tikaman di pusat beli belah

SYDNEY – Lima mangsa dilaporkan terbunuh manakala lapan lagi termasuk seorang bayi cedera dalam insiden tikaman di sebuah pusat beli-belah di Bondi Junction, di sini hari ini.

Ketua Polis New South Wales, SAC Anthony Cooke berkata, penyerang yang masih belum dikenal pasti itu, kemudiannya berjaya ditembak mati oleh polis.

“Siasatan awal mendapati, suspek memasuki sebuah restoran di pusat beli belah Westfield pada kira-kira pukul 3.10 petang (waktu tempatan), dan kemudian meninggalkan premis berkenaan.

“Dia kemudiannya kembali ke lokasi kejadian bersama senjata dipercayai pisau, dan menyerang sekurang-kurangnya sembilan individu,” katanya dalm satu kenyataan, hari ini.

Cooke berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

Show More

Related Articles

Back to top button