Berita Semasa

Kerajaan negeri Kelantan rakam ucapan terima kasih atas penyaluran wang ihsan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah menyalurkan wang ihsan berjumlah RM58.6 juta pada minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, penyaluran wang ihsan merupakan satu bentuk terimaan yang sememangnya diperuntukkan dalam Bajet Negeri dan berharap ia dapat diteruskan secara berjadual berdasarkan prinsip dan semangat Persekutuan.

“Saya mewakili saf kepimpinan kerajaan negeri mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa telus dalam melaksanakan sebarang peruntukan demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Semua terimaan dan perbelanjaan yang terdapat dalam bajet negeri diaudit oleh Jabatan Audit Negara,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button