Jenayah & Mahkamah

Anggota Maritim Malaysia cedera ditembak, disahkan buta

TAWAU – Seorang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan semalam sah hilang penglihatan sebelah kiri selepas terkena peluru.

Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, mangsa yang juga merupakan Ketua Bot Banggi 48, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Tawau.

“Saya ucap terima kasih kepada pihak Hospital Tawau yang telah membuat pembedahan semalam dan berjaya mengeluarkan bahan atau pun peluru daripada mata kiri anggota ini.

“Beliau kini dalam keadaan stabil. Tadi saya tengok beliau dan alhamdulillah kerana stabil namun disebabkan kejadian itu saya hendak maklumkan mangsa telah disahkan oleh pihak doktor yang mana dia akan buta sebelah mata kerana peluru berkenaan terkena di bahagian saraf,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam kejadian semalam seorang lagi anggota Maritim Malaysia, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin cedera ringan di kedua-dua belah tangan.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan telah mengenal pasti suspek kes berkenaan yang mana mereka semua merupakan warga asing.

“Ini dalam proses siasatan kita sedang mengenal pasti dan sekarang kita ada operasi on the ground dan udara jadi kita tengah menggerakkan semua aset-aset kita untuk mencari dan memburu mereka.

“Jadi buat masa sekarang kita tak boleh nak dedahkan tapi pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tahu,” katanya.

Sementara itu beliau turut memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya tidak cuba melindungi suspek.

“Walaupun orang-orang kita sendiri rakyat kita sendiri itu memang kesalahan serius dan kita memandang serius perkara itu.

“Kalau mereka dibuktikan bersalah di mahkamah, hukuman yang sewajarnya akan diambil mengikut akta tertentu,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button