Berita SemasaPolitik

Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor melantik Exco Kerajaan Negeri, Ng Sze Han sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), maklum Setiausaha PH Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman.

Mohd Khairuddin berkata, keputusan tersebut antara beberapa ketetapan yang telah diambil menerusi pertemuan diadakan hari ini.

Katanya, Sze Han akan dibantu Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof bagi kelancaran gerak kerja PRK.

“Pasukan ini akan menyelaras gerak kerja dan kempen yang akan dirangka oleh PH Selangor dan membuat persiapan serta menyelaras tugasan berkait kempen PRK dengan PH pusat serta parti-parti di dalam Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mei sebagai hari mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor.

PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun bertarung melawan kanser.

Tambah Mohd Khairuddin berkata, calon PH yang akan bertanding di kerusi berkenaan adalah daripada DAP.

“Seusai senarai calon dikemukakan oleh DAP diputuskan PH pusat, PH Selangor akan mengaturkan majlis pengumuman calon yang akan berlangsung sebelum hari penamaan calon,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button