Berita SemasaHiburan

Abby Abadi muncul dalam filem pendek Raya 4CM selepas lama menyepi

KUALA LUMPUR – Selepas lama menyepi dalam dunia lakonan, Abby Abadi muncul dalam sebuah filem pendek khas sempena Aidilfitri, Raya 4CM yang memberikan sentuhan unik dengan menggabungkan elemen humor yang penuh dengan mesej tersirat.

Menurut pengarah Raya 4CM, Adam Mukhriz, ini adalah penampilan semula Abby Abadi selepas jangka masa yang lama tidak muncul dalam dunia lakonan dan beliau digandingkan dengan pelakon cilik dari siri TV, Khunsa.

“Raya 4CM menampilkan Abby Abadi dan pelakon cilik Rafique Iskandar yang membawa kenangan nostalgia zaman 90-an.

“⁠Mesej utama kami adalah setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang dan pengorbanan antara satu sama lain, dan perayaan raya tidak lengkap tanpa keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, sambutan hari kemenangan Aidilfitri sepatutnya diraikan dengan kegembiraan daripada kesedihan.

Sehubungan itu, produksi filem pendek oleh ABIQ Group Sdn Bhd itu menegaskan tahun ini mereka tidak mengikuti trend naratif yang membawa penceritaan sedih seperti kebanyakan filem pendek atau iklan Aidilfitri.

Dalam pada itu, konsep filem pendek iaitu Raya 4CM, pada tahun ini berbeza dengan konsep tahun lepas yang lebih menceritakan kisah sedih melalui ‘Rendang Nasib’ yang telah diterbitkan oleh ABIQ Group Sdn Bhd.

Filem pendek khas sempena Aidilfitri ini boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat melalui saluran YouTube ABIQTV, https://youtu.be/RYEn77v82fM?si=mCd7Ttb4IXzd-NIJ atau di TikTok, @abiqtv.

Show More

Related Articles

Back to top button