Berita Semasa

Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dihempap pokok tumbang, semalam.

Ketua Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Azis berkata, mangsa Ma Kamal Masri, 48, meninggal dunia akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kejadian sekitar pukul 4 petang itu.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Senawang Paroi berhampiran Taman Rashidah Utama di mana mangsa dilaporkan menaiki kereta Perodua Viva.

“Sejurus menerima maklumat, seramai lapan anggota dari Balai Senawang telah ke lokasi dan sampai lima minit kemudiannya.

“Sebaik sampai, didapati keadaan kereta itu remuk teruk dan mangsa dilaporkan tersepit,” katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi pada Khamis.

Kata Mohd Nazri lagi, operasi mengeluarkan mangsa telah dilaksanakan, namun dia telah disahkan meninggal dunia dan kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din menjelaskan bahawa kemalangan itu masih dalam siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button