Berita SemasaPM X

Banyak peluang boleh diteroka menerusi hubungan Malaysia-Republik Kyrgyz – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.

Menurut Anwar, banyak peluang terbuka untuk diteroka dalam hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan, terutamanya dalam memperkukuh hubungan dagangan dan pelaburan dua hala.

“Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuka ruang bagi kolaborasi dan mencetus kerjasama yang lebih substantif antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan telah menerima kunjungan daripada Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabatnya semalam.

Selain itu, Menteri Kewangan itu turut menghargai jemputan Presiden Republik Kyrgyz untuk melawat negara itu pada Mei.

Show More

Related Articles

Back to top button