Jenayah & Mahkamah

Wanita dakwa suara bilal mengganggu ditahan reman

GEORGE TOWN – Seorang wanita ditahan selepas didakwa memasuki ruang solat lelaki dan bertanyakan soalan kurang sopan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, wanita itu ditahan selama empat hari selepas dia diserahkan sendiri oleh keluarganya ke balai polis berhampiran.

Menurut laporan media, wanita berusia itu dipercayai menanyakan soalan kepada seorang jemaah berkaitan suara bacaan bilal dan imam yang terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Berikutan kejadian itu, laporan polis telah dibuat pada Jumaat lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Wanita terbabit mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Dia akan dirujuk kepada rawatan psikiatri kerana didapati mempunyai gejala penyakit mental,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button