Sukan

Liverpool benam Sparta Prague, layak ke suku akhir Liga Europa

LIVERPOOL – Pasukan gergasi Liverpool meledak empat gol dalam masa 14 minit dalam kemenangan 6-1 menentang Sparta Prague untuk melangkah ke peringkat suku akhir Liga Europa manakala pasukan teratas di Bundesliga, Bayer Leverkusen, memerlukan dua gol masa tambahan untuk mengalahkan Qarabag.

AC Milan, Marseille, Roma dan West Ham antara pasukan lain yang telah memastikan tempat ke suku akhir hari ini.

Darwin Nunez dan Bobby Clark, yang berusia 19 tahun, dengan cemerlang menjaringkan gol awal sebelum Mohamed Salah menjaringkan gol peribadinya yang ke 20 untuk Liverpool sejak Januari tahun ini.

Cody Gakpo melepaskan rembatan untuk gol keempat Liverpool bagi meredakan tekanan pasukannya sebelum perjalanan mereka ke Manchester United dalam Piala FA pada hari Ahad nanti.

Veljko Birmancevic menyamakan kedudukan untuk Sparta, tetapi Dominik Szoboszlai dan Gakpo terus membenam pasukan itu pada separuh masa kedua.

“Ini kemenangan yang mengagumkan dan 15 minit pertama yang mengagumkan.

“Inilah yang kami fikirkan dan menunjukkan keyakinan dalam pasukan Liverpool pada masa ini,” kata Gakpo selepas kemenangan agregat 11-2.

Show More

Related Articles

Back to top button