Jenayah & Mahkamah

Kanak-kanak maut terjatuh flat di Cheras

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Cheras, semalam.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Ridzuan Khalid berkata, mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berumput pada pukul 1.52 pagi.

Katanya, pemeriksaan oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Toh Chee Haur di talian 03-92050301 sambungan 302 bagi membantu siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button