Sukan

Perlis United FC bakal beraksi dalam Liga Super.

KUALA LUMPUR – Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa Perlis United FC (PUFC) diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) bagi mengisi slot ke-14 untuk menyertai Liga Super 2024-2025.

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL mendengar permohonan PUFC menerusi cadangan daripada First Instance Body (FIB).

Menurut MFL dalam kenyataan, selain PUFC, turut mengemukakan permohonan adalah kelab Imigresen FC, KL Rovers FC.

“PUFC memiliki dokumen lebih kukuh dengan salinan surat penajaan berjumlah RM25 juta daripada empat potensi penaja iaitu Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd, Ivory Properties Group Berhad, M.A Intelligent Holdings Sdn Bhd dan Al Razi Holding (M) Sdn Bhd.

“PUFC turut telah mengemukakan salinan cek berjumlah RM5 juta daripada salah satu penaja tersebut sebagai bukti dana kewangan pasukan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, kelab berkenaan juga telah menyerahkan surat sokongan daripada kerajaan negeri Perlis yang ditandatangani oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli serta surat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Walau bagaimanapun, katanya, Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan PUFC hanya akan diberikan Lesen Bersyarat Luar Biasa dengan mematuhi beberapa keperluan dan kriteria yang ditetapkan oleh FIB susulan janji dan jaminan yang diberikan kepada FIB daripada pegawai pegawai PUFC semasa pembentangan mereka.

Dalam perkembangan lain, katanya, FIB telah memberikan tempoh masa terakhir kepada Kedah DarulAman FC (KDA FC) serta Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka secara berperingkat.

Sementara itu, MFL turut mengumumkan Selangor FC akan mengisi slot ke-14 selepas Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam Liga Super kali ini.

Mengulas mengenai nasib KDA FC dan KL City, katanya, kedua-dua pasukan itu diarahkan untuk membuat pembayaran pertama sebanyak 50 peratus pada atau sebelum 15 Mac dan penyelesaian penuh pada atau sebelum 29 Mac.

“Kegagalan untuk membuat pembayaran seperti tarikh yang ditetapkan itu akan mengakibatkan kedua-dua kelab Liga Super itu dikenakan sekatan perpindahan pemain berserta denda atau berdepan hukuman penarikan Lesen Kebangsaan oleh FIB,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button