BNM kekalkan kadar OPR 3.00
KUALA LUMPUR – Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3.00 peratus diputuskan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
BNM berkata, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek inflasi dan pertumbuhan.
MPC akan terus berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hal ini disokong oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri yang meningkat hasil dari aktiviti perdagangan yang semakin baik, serta keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan di beberapa negara.
“Pertumbuhan ekonomi serantau dijangka bertambah baik akan tetapi pasaran hartanah yang melemah menyebabkan pertumbuhan China mungkin kekal sederhana” katanya lagi
BNM berkata, dengan pelonggaran monetari di beberapa negara mungkin berlaku pada separuh kedua tahun ini dan inflasi teras global menurun sedikit pada kebelakangan ini
Namun demikian, pendirian dasar monetari global dijangka kekal ketat pada tempoh terdekat, dengan inflasi terus berada pada paras melebihi purata, katanya.
Bank Negara mengunjurkan pertumbuhan meningkat pada 2024, didorong oleh pemulihan eksport dan perbelanjaan dalam negeri yang stabil dan akan terus dikukuhkan oleh perdagangan global yang positif.