Sukan

MSN perkenal Program Fast Track sebagai persediaan ke Olimpik 2028

KUALA LUMPUR – Enam atlet pertama dari sukan skuasy dan terjun tersenarai dalam Program Fast Track melalui Jawatankuasa Road to Gold (RTG) iaitu misi mengejar emas pada temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan, pemilihan itu diputuskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dalam mesyuarat jawatakuasa RTG semalam.

“Majlis Sukan Negara (MSN) telah memulakan Program Fast-Track dengan misi mewujudkan atlet muda dan berbakat yang baharu berumur antara 16 hingga 25 tahun yang berpotensi untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik LA2028.

“Road to Gold (RTG) telah bersetuju meluluskan Program Fast Track ini dan akan bekerjasama dengan MSN untuk memastikan atlet terpilih mendapat sokongan mencukupi untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

Mesyuarat dipengerusikan bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Chef de Mission Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan Chef de Mission, Datuk Nicol David.

Enamt atlet berkenaan terdiri daripada dua penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Harold serta empat pemain skuasy negara, Ng Eain Yow, S Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman.

Hannah berkata, selain atlet dari sukan skuasy dan terjun, atlet dari sukan lain seperti basikal trek akan dipertimbang untuk masuk ke program itu.

Perbincangan jawatankuasa RTG juga menetapkan kriteria yang perlu dicapai oleh atlet antaranya memenangi pingat di Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel selain menduduki rangkin 20 terbaik dunia.

Beliau berkata, pemilihan itu juga selaras dengan pengumuman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengenai 35 sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik LA2028 termasuk lima sukan baharu ialah besbol/softball, kriket, bola sepak bendera, lacrosse dan skuasy.

Hannah berkata, Jawatankuasa RTG turut membincangkan perkembangan dan rancangan masa depan program itu ketika Sukan Olimpik Paris yang semakin hampir.

Semalam juga, dua penerjun wanita, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri sah digugurkan daripada program Road to Gold (RTG).g

Show More

Related Articles

Back to top button