Berita Semasa

394 Mediator Komuniti terima tauliah sempena Konvensyen Mediasi Komuniti

KUALA LUMPUR – Sebanyak 394 Mediator Komuniti telah ditauliahkan sempena Konvensyen Mediasi Komuniti yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Dirasmikan oleh Menteri Perpaduan,
Datuk Aaron Ago Dagang, konvensyen yang bertemakan ke “Mediator Komuniti: Pemangkin Keharmonian Negara” mampu memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Menurut Aaron, inisiatif ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh peranan Mediator Komuniti sebagai pendamai masyarakat.

“Mediator Komuniti juga dikenali sebagai jentera perpaduan yang sangat penting dalam menyatupadukan perbezaan kaum serta membantu memelihara keharmonian masyarakat di kawasan komuniti.

“Sehingga kini, sebanyak 564 Mediator Komuniti yang terdiri daripada 163 Pegawai Perpaduan, 379 AJK Komuniti Rukun Tetangga (KRT), dan 22 NGO Agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) turut menggariskan inisiatif untuk memperkukuh peranan Mediator Komuniti melalui pelbagai aspek termasuk peningkatan kelayakan, standard kompetensi, dan pindaan Akta Rukun Tetangga 2012 bagi memasukkan fungsi Mediator Komuniti.

“Kementerian akan mengkaji untuk melihat potensi mewujudkan satu badan akreditasi Mediator Komuniti untuk menyuntik semangat dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam menggalas tanggungjawab sebagai pendamai masyarakat khususnya mengurus konflik sosial di peringkat komuniti,” ujarnya.

Selain itu, penambahan pusat-pusat mediasi komuniti di beberapa negeri turut menjadi fokus bagi tahun 2024. Bagi tahun 2024, KPN bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan mediasi melalui penubuhan pusat di negeri berikut:

1. Perlis – Pusat Mediasi Komuniti KRT Pekan Pauh
2. Putrajaya – Pusat Mediasi Komuniti Wilayah Persekutuan Putrajaya
3. Melaka – Pusat Mediasi Komuniti Daerah Alor Gajah

Menteri Perpaduan berkata, Mediator Komuniti diberikan pendedahan kepada Kursus Up-Skilling dan Re-Skilling bagi memperkasakan kebolehan dan kemahiran mediator dalam mengendalikan kes-kes mediasi.

“Mediator Komuniti mengambil inisiatif menjaga keharmonian di kawasan komuniti rukun tetangga secara sukarela dan berkhidmat secara probono tanpa ada sebarang ganjaran.

“Tugas mediator juga adalah sebagai perantara dua pihak yang bertelagah. Hal ini demikian, mengambil kira penambahan pembangunan strata diramal kawasan kejiranan komuniti dan peratus isu kawasan komuniti akan meningkat,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button