Berita Semasa
Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia di Kuala Lumpur hari ini.
Perkara tersebut disahkan menerusi akaun Facebook Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib yang juga merupakan anak bongsu Allahyarham.
“Kembalinya ayahanda Datuk Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada penciptanya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah,” katanya.
Jelasnya, pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak.
“Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya.