Uncategorized

Paras ringgit semasa tidak gambarkan prospek positif ekonomi negara pada masa depan – BNM

KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menyatakan prestasi ringgit baru-baru ini sama seperti mata wang serantau lain iaitu telah dipengaruhi oleh faktor luaran.

Katanya, beberapa faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

“BNM berpandangan bahawa paras ringgit semasa tidak menggambarkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rasheed berkata
pertumbuhan pada 2024 akan didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.

“Ramalan IMF terkini ialah perdagangan global meningkat daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.

“Bagi Malaysia, eksport telah menunjukkan peningkatan yang stabil sejak suku keempat 2023. Malah, eksport Januari 2024 yang dikeluarkan baru-baru ini telah bertukar positif ( +8.7 peratus),” jelasnya lagi.

Tambah beliau, sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka melebihi paras pra-pandemik sebanyak 26 juta.

“Momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek yang diluluskan dalam sektor swasta dan awam.

“Mencerminkan ini, perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan penurunan kadar faedah dalam ekonomi maju, kebanyakan penganalisis meramalkan nilai ringgit meningkat tahun ini,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button