Jenayah & Mahkamah

Lelaki bakar kereta polis direman empat hari

PETALING JAYA – Lelaki yang membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini, kelmarin, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perintah reman terhadap lelaki yang bekerja sebagai penunggang p-hailing itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Lelaki terbabit direman bermula semalam sehingga 19 Februari ini (Isnin).

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya..

Sebelum ini media melaporkan, polis menahan suspek berusia 26 tahun itu di rumahnya di Flora Damansara pada Khamis lalu.

Beliau dilaporkan berkata, suspek disyaki membakar kereta menggunakan petrol, selain turut melakukan vandalisme dengan menconteng dinding kaca hentian bas.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek tiada rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing positif dadah jenis morfin.

Tambahnya, siasatan awal polis mendapati tujuan lelaki itu melakukan perbuatan terbabit bagi mendapat ‘rating’ tinggi di TikTok.

Show More

Related Articles

Back to top button