Berita SemasaSukan

Piala Asia: Kim Pan Gon ambil tanggungjawab sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan 0-1 Malaysia ditangan Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, malam tadi.

Pan Gon tidak menyalahkan sesiapa kecuali dirinya yang mempunyai jangkaan tinggi terhadap barisan pemain.

“Tiada apa yang salah, di sinilah kami berada, mungkin sebagai jurulatih saya silap. Saya mempunyai terlalu banyak jangkaan…memberi terlalu banyak impian kepada pemain saya kepada orang ramai (rakyat Malaysia), itu masalah saya

“Tiada apa-apa (salah) daripada FA (Persatuan Bolasepak Malaysia), daripada pemain atau orang ramai, ini masalah jurulatih,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu selepas perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan menetang Bahrain, Pan Gon berkata, Harimau Malaya sekurang-kurangnya mampu mencatat keputusan seri.

Beliau juga menganggap anak buahnya gagal untuk mendominasi permainan malam tadi.

Namun, kata beliau, dari sudut positif, ia memberi pengalaman berguna pemain muda yang masih berpeluang beraksi pada edisi akan datang.

Jaringan tunggal penyerang Bahrain, Ali Madan pada penghujung permainan di masa kecederaan, memusnahkan impian Malaysia untuk ke pusingan seterusnya.

Kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia
tersingkir daripada saingan Piala Asia dan aksi menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini hanya sekadar pelengkap jadual kejohanan.

Show More

Related Articles

Back to top button