Berita Semasa

Bersih gesa kerajaan wujudkan JPKP pantau lantikan ke GLC, badan berkanun

CYBERJAYA – Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menggesa kerajaan membentuk satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) bagi memantau pelantikan jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun.

Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz berkata, perlu ada kriteria jelas untuk mengelakkan kritikan.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada pelantikan politik baharu membabitkan Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

“Perlu ada prosedur jelas berkaitan pelantikan GLC terutamanya apabila melibatkan ahli politik. Sebab lantikan ini akan menyebabkan persepsi yang tidak baik,” katanya kepada portal FMT, hari ini.

Beliau menambah, pertikaian sama ada mereka yang dilantik benar-benar mempunyai kelayakan atau sebaliknya akan dapat ditangani kerajaan dengan adanya satu ‘prosedur’ yang jelas.

Show More

Related Articles

Back to top button