Luar Negara

China lancar roket Graviti-1 dari kapal laut

SHANDONG – China semalam melancarkan roket Graviti-1 dari pelancar kapal laut berhampiran bandar Haiyang.

Roket Graviti-1 yang membawa tiga satelit orbit rendah itu dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa komersial pemula yang berpangkalan di Beijing , Orientspace.

Orientspace dalam kenyataannya berkata, Graviti-1 mampu membawa berat sehingga 6.5 tan ke orbit rendah, sekaligus menjadikannya pelancaran dari kenderaan terhebat setakat ini.

Roket setinggi 30 meter itu dikatakan mampu membawa sehingga 30 satelit dalam satu pelancaran manakala proses pelancaran seumpama itu boleh diuruskan dalam masa kurang seminggu.

Bahkan dalam sesetengah kes ia boleh dilancarkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Orientspace, Yao Song berkata, projek itu berdepan dengan pelbagai kejayaan dan cabaran sepanjang tempoh tiga tahun pembangunan.

Pelancaran dari tengah laut mampu mengurangkan risiko kemalangan di kawasan berpenduduk sekiranya ia jatuh semula ke bumi.

Show More

Related Articles

Back to top button