Jenayah & Mahkamah

Polis cari Fauziah

Bantu siasatan kes penipuan katering

JEMPOL – Pihak polis sedang mencari seorang wanita berhubung siasatan kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini yang berlaku pada 25 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita terbabit, Fauziah Abdul Hamid, 40, yang beralamat di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan Fauziah berkaitan kes Ayer Hitam 1603/23 yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat BSJK IPD Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di nombor telefon 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media pada 25 Disember lalu memaparkan sebuah majlis perkahwinan di daerah ini bertukar menjadi ‘mimpi ngeri,’ apabila pihak katering yang sudah ditempah tidak muncul.

Berikutan kejadian, keluarga pengantin mengalami kerugian kira-kira RM13,000 akibat ditipu dan terpaksa memasak sendiri hidangan selain mencari set kerusi dan meja untuk diletakkan di dalam dewan yang sudah ditempah.

Show More

Related Articles

Back to top button