Jenayah & Mahkamah

Sindiket penyeludupan ‘dadah Zombie’ pertama tumpas

NILAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) buat pertama kali berjaya menumpaskan penyeludupan dadah jenis Fentanil atau dikenali sebagai dadah ‘Zombie’ di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rampasan terhadap sindiket dadah antarabangsa pada 9 Disember lalu itu melibatkan nilai keseluruhan dadah berjumlah RM44.4 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, siasatan awal mempercayai Malaysia menjadi transit penyeludupan dadah berkenaan yang dibawa dari lapangan terbang Mumbai, India sebelum dihantar ke Dubai.

Katanya kes disiasat bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

dadah berbahaya yang diisytiharkan sebagai sebatian pewangi itu cuba diseludup di dalam 72 botol aluminium seberat 807.9 kilogram.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan cara membuat pengikraran palsu iaitu mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai sebatian pewangi.”

“Ia bagi mengaburi pihak berkuasa sedangkan di dalamnya terdapat botol aluminium berisi bahan cecair yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis Fentanil,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button