Luar Negara

Penembak tepat zionis bunuh dua wanita Kristian di gereja

GAZA CITY – Seorang penembak tepat rejim zionis dilaporkan menembak dan membunuh dua wanita di sebuah gereja katolik, di sini pada Sabtu.

Menurut kenyataan pejabat media Latin Patriach yang beribu pejabat di Baitulmaqdis, mangsa dikenal pasti sebagai Nahed dan Samar merupakan ibu dan anak.

“Mangsa kedua dibunuh ketika cuba  menarik mayat mangsa pertama,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, tujuh lagi mangsa turut cedera ditembak ketika cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Tiada amaran dan pemberitahuan diberikan. Mereka ditembak secara kejam dalam premis tidak ada pihak yang inginkan peperangan,” tambah kenyataan itu lagi.

Difahamkam, majoriti keluarga Kristian di Gaza telah berlindung di dalam gereja berkenaan sejak perang meletus, tambah kenyataan itu.

Penyelia gereja juga berkata, kereta kebal IDF juga menyasarkan gereja Sisters of Mother Teresa yang menempatkan 54 orang kurang upaya dan merupakan sebahagian daripada pekarangan gereja.

Pada Jumaat lalu, seorang Ahli Parlimen, United Kingdom (UK), Layla Moran berkata, ahli keluarganya yang berlindung di dalam gereja itu berasa “terlalu terdesak dan ketakutan” kerana keadaan terus bertambah buruk.

 

Show More

Related Articles

Back to top button