Jenayah & Mahkamah

Pelajar sekolah maut didakwa dengan sengaja dirempuh kereta

IPOH – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini maut selepas dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 itu mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal.

Sebelum kejadian, difahamkan berlaku insiden tidak puas hati membabitkan pemandu kereta tersebut dengan mangsa yang didakwa membuat bising motosikal.

Keadaan itu mengakibatkan, pemandu berusia 44 tahun yang dipercayai anggota polis bertindak mengejar suspek sejauh hampir satu kilometer dan melanggarnya dari arah belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan terseret hampir 5 meter.

Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta jenis Perodua Ativa terbabit berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa, namun segera beredar apabila menyedari kehadiran orang awam.

Mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini bagi proses bedah siasat.

Show More

Related Articles

Back to top button