Jenayah & Mahkamah

PM bukan Melayu: Polis siasat Lim Kit Siang

PETALING JAYA – Polis hari ini menyiasat veteran DAP, Tan Sri Lim Kiat Siang berikutan satu laporan polis diterima berkait impian kontroversinya untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Peguam, Khairil Khalid, berkata difahamkan laporan polis terhadap anak guamnya itu dibuat oleh seorang orang awam, namun tidak mendedahkan lokasi dan tarikh laporan berkenaan dibuat.

Susulan laporan polis itu, katanya, Kit Siang disiasat dan diminta hadir memberi keterangan kepada polis hari ini untuk membantu siasatan dengan menjawab keseluruhan 27 soalan yang dikemukakan pasukan siasatan.

“Semua berjalan dengan lancar, prosedur biasa (rekod keterangan) memandangkan ada satu laporan polis berkenaan hantaran di Facebook dan blog oleh Tan Sri (Kit Siang). Siasatan belum dipastikan lagi mengikut akta apa, tetapi prosiding hari ini dibuat mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Selepas selesai rekod keterangan dan jika polis kesan ada kesalahan, baharulah polis akan tentukan tindakan lanjut,” katanya selepas selesai proses rekod keterangan terhadap Kit Siang yang dijalankan tiga pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Balai Polis Sea Park, SS 2, di sini,” katanya memetik laporan BH Online

Selain Khairil, Kit Siang turut ditemani seorang lagi peguam, Athari Bahardin sepanjang proses rekod keterangan ke atas Kit Siang yang berlangsung kira-kira satu jam.

Veteran DAP itu ditemani dua anaknya, Guan Eng, Ahli Parlimen DAP Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan merangkap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Hui Ying, Ahli Parlimen DAP Tanjong yang juga Timbalan Menteri Kewangan, tiba di Balai Polis Sea Park pada jam 9.34 pagi.

Beberapa pemimpin parti itu turut dilihat hadir, antaranya Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran, bekas Menteri Sumber Manusia yang semalam dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) serta Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

 

Show More

Related Articles

Back to top button