Jenayah & Mahkamah

Suspek bunuh ibu bapa ditahan ketika bersembunyi di terowong lebuh raya

KUALA LUMPUR – Suspek kes tikam ibu bapa himgga mati di Kampung Sungai Penchala malam tadi, ditahan ketika bersembunyi di terowong Penchala di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint), di sini.

Dia berjaya ditahan pada pukul 10.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kira-kira dua jam 40 minit selepas melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, suspek melarikan diri ke hutan berhampiran selepas membunuh ibu bapanya berusia 72 dan 82 tahun.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan pergaduhan keluarga antara suspek dan ibu bapanya di sebuah rumah di Jalan Penchala Hilir 6, Kampung Sungai Penchala di sini, pada pukul 7.43 malam.

“Akibat kejadian ini, sepasang suami isteri ditemui terbaring di atas lantai rumah dipercayai akibat ditikam,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Laporan media sebelum ini menyebut, sepasang suami isteri warga emas berusia berusia 72 dan 82 tahun ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button