Jenayah & Mahkamah

‘Abdul Wahab sedang jalani rawatan akibat kemurungan melampau’ – Peguam

KUALA LUMPUR – Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani yang dikatakan gagal dihubungi bagi memberi keterangangan kepada polis sebelum ini, difahamkan sedang menjalani rawatan akibat kemurungan melampau.

Peguamnya, Faisal Rahman berkata, dakwaan Wahab gagal dihubungi adalah salah faham dan pihaknya sudah menjadualkan semula pertemuan dengan polis bagi memberi keterangan.

“Saya berikan komitmen kepada pihak polis (bahawa) dalam minggu ini Wahab akan berikan keterangan.

“Wahab mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan, tarikh ditetapkan semalam (Ahad), tetapi atas faktor kesihatan, beliau tidak dapat (berbuat demikian),” katanya kepada p[ortal Buletin TV3, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung tindakan Abdul Wahab mematikan telefon bimbit, Faisal berkata, beliau yang mewakili anak guamnya sentiasa berhubung dengan pihak polis.

Semalam, media melaporkan polis masih mengesan Abdul Wahab bagi membantu siasatan berhubung kes rakaman video perbualan lucah kononnya membabitkan dirinya dan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Show More

Related Articles

Back to top button