Jenayah & Mahkamah

Salah guna dana, 41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 dibeku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

SPRM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

“Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.

SPRM turut merakam keterangan beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara berkenaan.

Sehubungan itu SPRM telah menjalankan
siasatan awal memanggil individu yang terbabit bagi rakaman keterangan.

Show More

Related Articles

Back to top button