Berita Semasa

Penyokong Argentina, Brazil bergaduh, sepak mula terpaksa ditangguhkan

RIO DE JENERIO – Perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan dua gergasi Amerika Selatan iaitu Brazil dan Argentina terpaksa ditangguhkan hampir 30 minit selepas berlaku pergaduhan antara penyokong sebelum sepak mula berlangsung.

Kedua-dua penyokong pasukan bola sepak itu mula bertindak ganas ketika lagu kebangsaan masing-masing sedang dimainkan di Stadium Maracana di sini.

Situasi panas itu memaksa pasukan keselamatan masuk campur untuk mententeramkan keadaan.

Namun situasi terus tidak terkawal hingga menyebabkan barisan pemain Brazil dan Argentina turut cuba mententeramkan pergaduhan kedua-dua penyokong.

Brazil yang sedang bergelut dengan prestasi semasa hanya berjaya mencatatkan dua kemenangan daripada lima perlawanan peringkat kelayakan.

Malah pasukan itu turut merekodkan kekalahan pertama kepada Colombia dalam perlawanan sebelum ini sehingga menyebabkan pasukan itu berada di tangga kelima.

Lebih memburukkan keadaan apabila mereka kehilangan penyerang akibat kecederaan Vinicius Jr sebulan selepas Neymar mengalami kecederaan panjang.

Show More

Related Articles

Back to top button