Jenayah & Mahkamah
Sembilan sekolah antarabangsa di Lembah Klang terima ancaman bom
KUALA LUMPUR – Sembilan buah sekolah antarabangsa di Lembah Klang dilaporkan menerima ancaman bom pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan rakan sejawatannya di Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Di Selangor, sebanyak tujuh laporan ancaman bom diterima melibatkan dua buah sekolah di Petaling Jaya dan Shah Alam, dan satu di Kajang, Subang Jaya dan Kuala Langat.
Sementara itu, Allaudeen berkata, dua buah sekolah di Wangsa Maju turut menerima ancaman sedemikian.