Jenayah & Mahkamah

PDRM buka empat kertas siasatan

Kes cabul kanak-kanak di pusat mempertahankan diri

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka empat kertas siasatan berkaitan kes cabul melibatkan beberapa kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, buat masa ini, siasatan lanjut berkaitan kes itu masih lagi dijalankan.

“Setakat ini beberapa saksi termasuk ibu bapa kesemua mangsa terlibat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Empat kertas siasatan dibuka setakat ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Jumaat lalu, seorang tenaga pengajar ditahan selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri.

Suspek berusia 20 tahun yang juga pelajar sebuah kolej swasta itu dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku sekitar bulan September hingga Oktober lalu.

Siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.

Show More

Related Articles

Back to top button