Menteri Israel beri cadangan jatuhkan bom nuklear di Gaza
TEL AVIV – Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu mengeluarkan kenyataan bahawa salah satu pilihan Israel dalam perang di Gaza ialah menggugurkan bom nuklear di tebing tersebut.
Amichai yang menganggotai parti ekstremis Otzma Yehudit dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam satu temu bual dengan Radio Kol Berama.
Menteri tersebut turut menyuarakan bantahannya terhadap sebarang bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Kami tidak akan menyerahkan bantuan kemanusiaan Nazi,” dan mendakwa bahawa “tidak ada orang awam yang tidak terlibat di Gaza,” katanya.
Beliau turut menyokong cadangan merebut semula wilayah Gaza dan memulihkan penempatan di sana.
Ketika ditanya tentang nasib penduduk Palestin, dia berkata, “Mereka boleh pergi ke Ireland atau padang pasir, ‘raksasa’ di Gaza harus mencari penyelesaian sendiri.”
Beliau berkata, Semenanjung Gaza tidak mempunyai hak untuk wujud, sambil menambah bahawa sesiapa yang mengibarkan bendera Palestin atau Hamas “tidak boleh terus hidup di muka bumi.”