Politik

Ahli Parlimen Kuala Kangsar digantung keahlian 4 tahun – Hamzah

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat keputusan menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid selepas bertindak memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin BERSATU yang telah bersidang semalam.

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan
kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada
beliau, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan BERSATU.

*Sehubungan dengan itu, beliau digantung keahliannya berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 November lalu,” katanya.

Iskandar Dzulkarnain yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kuala Kangsar sebelum ini mencetuskan kejutan apabila memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara alasan yang diberikan ialah supaya penduduk kawasan tersebut tidak terbeban dan berhadapan masalah disebabkan isu politik.

Show More

Related Articles

Back to top button