Berita Semasa

Malaysia-Mesir perlu main peranan lebih tegas pastikan keganasan di Gaza dihentikan

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Mesir bersetuju untuk memainkan peranan yang lebih dan tegas dalam memastikan keganasan di Gaza dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu diambil ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya di Kaherah, Mesir.

“Saya sanjung usaha Mesir dalam memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan melalui sempadan Rafah-Gaza dan memastikan ia sampai terus kepada mereka.

“Kami turut bersetuju bahawa kedua-dua negara mesti memainkan peranan yang lebih dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan dan nyawa diselamatkan serta keadilan sejagat mesti ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya, dalam pertemuan itu, beliau juga menyentuh pelbagai perkara dalam usaha merapatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Katanya, pihaknya juga dimaklumkan bahawa El-Sisi akan mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia pada sekitar awal tahun depan.

“Hubungan Malaysia dan Republik Rakyat Mesir mesti terus mekar dan diperkuat demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button