Luar Negara

Qatar ancam gantung eksport gas sekiranya serangan ke atas Gaza tidak dihentikan

KAHERAH – Qatar memberi amaran akan menggantung aktiviti eksport gas ke seluruh dunia sekiranya serangan ke atas Gaza tidak dihentikan.

Semalam, menteri-menteri luar negara Arab mengecam kepungan yang dilaksanakan Israel ke atas Gaza dan menggesa bantuan kepada orang awam seperti makanan, air dan minyak dibenarkan dibawa masuk dengan segera.

Persidangan negara Liga Arab di sini tersebut turut menyaksikan menteri-menteri ini membincangkan tentang perang Israel-Palestin dan menggesa Israel untuk menarik balik arahan kepungan di Gaza.

Mereka turut menggesa Israel untuk mempertimbangkan tindakannya yang tidak adil apabila menghentikan bekalan elektrik dan air ke Gaza.

Gaza merupakan salah satu lokasi yang paling padat di dunia, dengan 2.3 juta penduduk tinggal dalam kawasan seluas hanya 362 kilometer persegi.

Ia telah berada di bawah jajahan Israel sejak 2007 lagi sebaik Hamas mengambil alih wilayah itu daripada gerakan sekular Fatah dipimpin Presiden Mahmoud Abbas.

Satu-satunya pintu masuk yang tidak dikawal Israel adalah di Rafah, sempadan Mesir.

Namun Rafah sudah dibom sebanyak tiga kali hanya dalam minggu ini sahaja.

Show More

Related Articles

Back to top button