Berita Semasa

Ahmad Zahid harap Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan semula

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Kementerian Wilayah Persekutuan dapat diwujudkan semula.

Tanpa mengulas mengapa perlu mewujudkan semula kementerian itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berharap ia dapat direalisasikan selepas rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

“Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, saya harap kementerian itu dapat diwujudkan semula,” kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya di Pusat Kejiranan Presint 8 di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengesahkan rombakan kabinet pasti akan berlaku memandangkan terdapat satu kekosongan jawatan yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

“Ia mesti ada (rombakan Kabinet) dan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan dilantik semula memimpin Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ahmad berkata, beliau bersedia untuk diletakkan dimana-mana kementerian .

“Saya pun sudah lihat berita itu tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) belum beritahu saya lagi. Sebenarnya, kementerian mana saya pergi pun saya bersedia,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button