Berita Semasa

Laporan nahas Elmina dimuat naik esok – Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Laporan awal nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu, akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MOT) esok.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan laporan tersebut akan dimuat naik di laman web itu selewat-lewatnya jam 10 pagi.

“Semua fakta (kemalangan) akan ada dalam laporan esok.

“Kita akan memuat naik laporan itu di laman web (Kementerian Pengangkutan) selewat-lewatnya jam 10 pagi esok,”katanya kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Pengoperasian Tren KLAV27 di Stesen LRT Universiti, hari ini.

Sebelum ini, beliau mengumumkan, laporan nahas yang meragut 10 nyawa termasuk lapan anak kapal itu dijangka dibentang sebelum Hari Malaysia iaitu 16 September ini.

Laporan tersebut adalah berdasarkan rakaman suara selama 30 minit yang diperoleh daripada perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.

10 individu termasuk seroang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal maut selepas pesawat itu terhempas pada jam 2.48 petang 17 Ogos lalu.

Nahas turut mengorbankan Exo Negeri Pahang, iaitu allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Show More

Related Articles

Back to top button