Jenayah & Mahkamah

Lima ditahan disyaki terlibat kes penemuan mayat dalam kereta

PUCHONG – Polis menahan lima individu susulan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta di Batu 14, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kesemua individu ditahan yang berumur antara 27 hingga 33 tahun direman empat hari bagi siasatan lanjut.

“Semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Rabu lalu, pihak polis menemukan mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta yang berkunci di tepi jalan.

“Mayat ditemukan di bahagian tempat duduk belakang kereta dan bertutup dengan sehelai jaket.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa berusia 26 tahun dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dipercayai rakannya ketika berada di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini pada Ahad.

Susulan kejadian, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, pada pukul 5 pagi, Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button