Jenayah & Mahkamah

Bung Moktar, isteri lepas dan bebas tuduhan rasuah

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan (DNA) Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Izette untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada 2 September tahun lalu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya merayu terhadap keputusan Azhar pada 9 Disember tahun lalu, yang menolak permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button