Berita Semasa

Akaun Telegram Wan Junaidi digodam

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memaklumkan akaun Telegram miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lalu.

Wan Junaidi berkata, perkara itu telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan individu yang menggunakan identitinya untuk tujuan melibatkan kewangan atau tesi temujanji.

“Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-26017610 untuk pengesahan lanjut.

“Saya amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan melaporkan tindakan penggodam ini kepada pihak berkuasa.

Show More

Related Articles

Back to top button