Berita Semasa
PM dirawat di hospital, jalani pembedahan kecil gigi
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada dalam pemantauan pasukan perubatan selepas menjalani pembedahan kecil gigi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.
“Ingin dimaklumkan bahawa saya telah menjalani prosedur pembedahan kecil gigi petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Buat masa ini saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi, insya-Allah,” katanya.