Berita Semasa

Nahas Elmina: Pasukan penyiasat AS mulakan siasatan di lokasi kejadian

SHAH ALAM – Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) Amerika Syarikat, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan pengeluar pesawat, Beechcraft telah memulakan siasatan di lokasi nahas udara Elmina, di sini pagi tadi

Pasukan yang terdiri daripada 12 orang itu memulakan siasatan dengan pemeriksaan terhadap lokasi nahas dan penilaian fizikal ke ata bangkai pesawat.

Difahamkan, pasukan penyiasat itu tiba di Malaysia, pagi semalam.

NTSB telah menghantar penyiasat untuk membantu siasatan nahas udara selain membantu dalam siasatan kemalangan.

Bagaimanapun, maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan akan datang daripada pihak berkuasa penerbangan Malaysia dengan laporan awal akan diumumkan 30 hari setelah tarikh nahas.

Pada Khamis lalu, sebuah pesawat peribadi Beechcraft Model 390 (Premium 1) terhempas mengorbankan kesemua lapan penumpang dan anak kapal.

Turut terkorban, dua orang awam yang berada di tempat kejadian.

Show More

Related Articles

Back to top button