Berita Semasa

SKMM minta orang ramai henti sebar gambar, video mangsa pesawat terhempas

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau video mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina, petang semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SKMM mengingatkan orang ramai supaya menghormati perasaan dan sensitivi ahli keluarga mangsa.

Katanya, berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah, melanggar prinsip serta etika yang paling asas.

“Adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.

“Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Pada masa sama, SKMM menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa nahas pesawat berkenaan.

Sebelum ini, polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada pukul 2.40 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara yang dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut

Show More

Related Articles

Back to top button